Wednesday, October 23, 2013

Roselle Segar Intro


Di Malaysia pasaran produk roselle sangat bagus. Ini adalah kerana roselle dipercayai mempunyai pelbagai khasiat tersendiri.

Bunga roselle ini mempunyai kelopak yang cantik dan mempunyai biji. Tetapi biasanya biji dibuang utk mendapatkan kelopak yg cantik dan segar serta mudah diproses.

Seorang kawan dari Singapura sering membeli pati roselle tanpa gula kerana dia sendiri sudah mengamalkannya kerana tekanan darah tinggi dapat diturunkan dengan baik. Beliau pula bercerita pada kawan-kawannya dan mereka mencuba dan pesakit migrain pula boleh sembuh dengan ikhtiar dr pati roselle segar ini

Ibu saya sendiri pernah ditahan klinik kerana darah tinggi hampir 190 dan terus saya bg minum pati roselle segar tanpa gula beberapa sudu dan syukur akhirnya turun juga dan tidak perlu ke hospital.

Kesimpulannya, mungkin ada khasiat roselle ini yang perlu diteroka dan dikaji utk membantu mengekalkan kesihatan kita :-)

No comments:

Post a Comment